Wednesday, May 27, 2009

Lelaki Mesti BERANI!

Kelakarlah pulak bila tersebarnya cerita sensasi tentang hubungan pendakwah bebas, Akhil Hayy dengan Waheeda sehingga menjejaskan keharmonian rumahtangga Akhil bersama dengan Maizawati Zainal.

Saya tak kisahlah kalau Akhil mahu mengambil sesiapa pun yang disukainya untuk dijadikan isterinya yang ke2 (walaupun yang sebenarnya madu itu adalah racun buat kaum hawa) tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ini, kenapa Akhil mendiamkan diri dan tidak tampil untuk menyelesaikan kelemut yang sedang melanda rumahtangganya sehingga telah menjadi cerita sensasi di dada akhbar.

Sepatutnya, Akhil mesti berdiri tegak untuk merungkaikan simpulan kepada persoalan ini dan sekiranya beliau bertindak lebih awal, pastinya perkara ini tidak akan sampai ke tahap sebegini dan pada pandangan saya, Akhil yang sememangnya terkenal dengan kearifannya di dalam bidang agama sepatutnya tahu untuk mengendalikan persoalan ini.

Saya tidaklah menyebelahi mana2 pihak tetapi seharusnyalah, perkara ini ditangani dengan baik kerana pada pandangan saya, sekiranya kemelut ini berpanjangan, ianya akan memberikan impak yang tidak sihat kepada 6 orang anak2 Akhil bersama dengan Maizawati dan secara tidak langsung, akan menjejaskan kredibiliti beliau selaku pendakwah bebas yang sentiasa diberikan perhatian yang positif oleh masyarakat.

Buat Maizawati dan Waheeda, diharapkan agar pertemuan 4 mata mampu untuk membantu Akhil di dalam menyelesaikan permasalahan ini memandangkan Akhil sendiri belum betul2 bersedia untuk menangani kemelut rumahtangga beliau sendiri.