Wednesday, June 24, 2009

Dimanakah Tanah Kubur Kita?


Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas jenazah itu dimandikan, dikapankan dan disolatkan.

Yang hendak di utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara dan ada juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal dunia di sana tatkala datang untuk meraikan kejayaan anak2 mereka, ditakdirkan oleh ALLAH SWT.

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita dan kita ditegah mengangkut jenazah tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalnya di bawa pulang ke kampungnya tetapi terlalu ramai di antara kita yang berbuat demikian. Jenazah diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan berhari2 di rumah mayat dan ini akan menyeksa jenazah tersebut dan sebagai contoh, orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung seksa pada jenazah.

Berbalik cerita di luar negara ini, kita menyeksa jenazah yang sebenarnya dengan mengambilnya untuk di kebumikan di Malaysia atas alasan kasih kita padanya. Sebenarnya kalau benarlah kasih kita padanya, hendaklah mengebumikan jenazah di tempat dia meninggal dunia. Itulah kasih sebenarnya dan sekiranya jenazah itu boleh berkata kata, pastinya dia akan memberitahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat dan pada saat kematian pun jenazah itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah.

Orang Melayu selalunya bersifat sentimental yang tidak kena tempat. Mengapakah mesti kita bawa dia (jenazah) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik ALLAH SWT dalam ertikata yang sebenarnya dan jika dia milik ALLAH SWT dan kini dia telah dipanggil untuk kembali kepadaNYA, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah ALLAH SWT.

Kita juga kena tahu bahawa walau dimana juga jenazah dikebumikan, apa saja doa yang dikirim kepada si mati akan sampai juga padanya walau pun jaraknya beribu batu. Bukannya bergantung di mana jenazah dikebumikan. Walaupun dikuburkan disebelah rumah tetapi kalau tidak pernah berdoa utk si mati, tidak dapat juga meringankan rohnya.

Bila nak dibawa balik ke Malaysia, maka azab pada jenazah yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan luar negara ini bila jenazah itu nak diterbangkan, maka cecair dalam badan jenazah itu akan disedut keluar. Peraturan penerbangan Amerika misalnya (dia kafir mana dia tahu!), sebelum jenazah itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh jenazah termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan jenazah itu betul2 kering (kononnya on medical ground) dan barulah selepas itu, dikeluarkan sijil kelulusan untuk menaiki pesawat.

Tidakkah ini suatu seksa kepada jenazah orang yang kita kasihi. Cecair di dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad tetapi telah DISEDUT dan jasad pula DIKIMIAKAN, alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang dan adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

Kalau melanggar ketetapan ALLAH SWT, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata, kalau arwah meninggal di Mekah dan tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika? Kita kena faham, kemuliaan jenazah atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak tetapi kemuliaan dan keselamatan jenazah di alam kubur adalah tergantung kepada taqwanya kepada ALLAH SWT semasa hayatnya.

Kuburnya di Mekah sekalipun tetapi sekiranya semasa hidup menentang perintah ALLAH SWT, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung buatnya kelak. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi dan memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari TAMAN2 SYURGA atau salah satu dari LUBANG2 NERAKA, adalah bergantung kepada ketaqwaan dan sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah ALLAH SWT. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak ALLAH SWT dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh, INSYA'ALLAH.

WallahuaLam...