Monday, March 9, 2009

Norman Hakim & Memey Bersekedudukan?

Mengucap panjang saya bila mendapat cerita tentang pelakon popular, Norman Hakim dan pasangan khalwatnya, Memey yang juga seorang pelakon baru yang belum tentu lagi di mana kedudukannya di dalam industri seni tanahair.

Saya bukannya nak masuk campur hal mereka ini tetapi dengan berita negatif yang mengatakan bahawa mereka tinggal sebumbung tanpa segan silu dan tidak ambil peduli dengan pandangan dan tanggapan masyarakat sekeliling, mereka sememangnya berani memperlekehkan dan sudah hilang rasa hormat kepada undang-undang (kerana masih dalam perbicaraan di Mahkamah Syariah atas tuduhan khalwat) dan orang di keliling mereka.

Saya amat2 berharap agar berita yang saya terima ini tidak benar kerana ada kemungkinan jugak, orang luar yang tidak sukakan mereka, melemparkan fitnah bagi menghancurkan hidup dan karier Norman Hakim dan Memey tetapi sekiranya memang benar tentang apa yang telah dikhabarkan, saya berharap agar Norman Hakim dan Memey akan mengambil serius tuduhan ini dan lakukan sesuatu supaya PISANG TIDAK BERBUAH KALI YANG KEDUA.

Ada jugak khabar yang mengatakan bahawa mereka akan berkahwin tetapi telah dinafikan oleh mereka tetapi sekiranya tuduhan bersekedudukan itu benar, ada baiknya Norman dan Memey bernikah sahaja bagi meleraikan segala kekusutan yang sedang melanda hidup mereka dan lagi pun, mereka sekarang ini tidak ada ikatan apa2 dengan orang lain (Norman Hakim pun dah sah bercerai dengan Abby Abadi) dan akhir kata dari saya, janganlah Norman Hakim dan Memey menafikan tentang sesuatu perkara yang BENAR demi untuk kebaikan mereka bersama.