Sunday, April 5, 2009

Fatimah Abu Bakar EMOTIONAL!

Saya taklah meminati sangat Akademi Fantasia sejak dari mula2 dulu lagi tetapi bila sudah tak tahu nak buat apa kat rumah dan siaran lain takde rancangan yang menarik, layan jugaklah tengok rancangan realiti yang telah menyebabkan lambakan artis2 yang sebahagian besarnya, tak layak untuk bergelar artis dan ada juga yang dah graduated kononnya tetapi hilang di bawa arus entah ke mana.

Rancangan realiti sebegini kalau ditangani dan diadun dengan baik oleh pihak penganjur, mampu untuk menghasilkan artis2 pelapis yang berkualiti tetapi apa yang berlaku, pada pendapat saya adalah disebaliknya kerana ianya telah dikomersialkan untuk meraih keuntungan hasil daripada keringat anak2 muda yang kononnya telah diberikan 'peluang' untuk bergelar artis dan bintang di masa yang akan datang.

Saya masih ingat pada masa Mawi yang telah terkeluar di peringkat separuh akhir, terpaksa dibawa masuk kembali oleh penganjur setelah mendapati penyanyi yang selalu lupa lirik itu mempunyai satu tarikan yang mampu untuk memberikan pulangan yang besar kepada penganjur!

Malam ini sepatutnya saya keluar bersama dengan kawan2 tetapi terpaksa membatalkan hasrat sebab ahli keluarga datang ke rumah dan saya telah berpeluang untuk menonton konsert ke4 Akademi Fantasia ke7 dan saya terkedu apabila melihatkan salah seorang daripada tenaga pengajar, Puan Fatimah Abu Bakar tiba2 sahaja mengeluarkan kata2 seperti tidak puas hati dengan kritikan2 yang telah diberikan oleh barisan pengkritik pada malam ini terhadap 'anak2 muridnya' dengan mengatakan bahawa Akademi Fantasia adalah bukan satu pertandingan nyanyian dan tidak sepatutnya dikritik sedemikian.

Apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh Fatimah Abu Bakar? Adakah kerana beliau tertekan apabila 'anak2nya' dihentam keras di atas kesilapan dan kelemahan mereka sendiri? Satu Malaysia tahu termasuk Brunei dan Singapura, Akademi Fantasia adalah salah satu platform untuk bergelar artis dengan mempamerkan vokal dan persembahan semata-mata di atas pentas dan secara tidak langsung, semua orang yang menonton dan juga pengundi akan diperlihatkan kepada mereka, sebarisan anak2 muda di atas pentas yang menyanyi dan menari untuk meraih undi supaya dapat bertahan di dalam Akademi Fantasia dan tidak pernah pulak saya tengok adanya mereka kena berlakon atau pun membuat silap mata di atas pentas dan mereka yang terpilih pun atas sebab kelebihan vokal yang terdapat di dalam diri mereka semasa di peringkat pemilihan dulu!

Janganlah terlalu emotional di dalam usaha Puan untuk menidakkan kredibiliti para pengkritik yang sememangnya profesional di dalam bidang mereka masing2 dan apa yang mereka katakan terhadap para pelajar Akademi Fantasia ke7 adalah benar belaka dan tidak ada rasa pilih kasih dan Puan telah diberikan tugas untuk mendidik anak2 muda ini dan para pengkritik pula telah diberikan tugas untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan tidak sepatutnya Puan melenting kerana ianya akan memberikan satu imej yang tidak baik kepada diri sendiri di mata masyarakat.

Transformasi adalah moto bagi Akademi Fantasia ke7 dan diharapkan agar Puan Fatimah Abu Bakar janganlah cuba untuk menjadi TRANSFORMER pulak untuk menyelamatkan 'anak2nya' dan sepatutnya mereka dikritik demi untuk kebaikan mereka sendiri dan sepatutnya kritikan2 tersebut digunakan sebagai pembakar semangat bagi memperbaiki diri dan persembahan mereka di masa yang akan datang.