Saturday, February 28, 2009

Perilaku Artis Kita...

Sedang saya sibuk dengan kerja2 yang berlambak di atas meja, masuklah salah seorang daripada teman sepejabat sambil memegang beberapa keping gambar dan diletakkan di depan muka saya, alangkah terkejut apabila saya terpandangkan gambar2 tersebut kerana tidak menyangkakan yang ada juga di kalangan artis kita yang bersikap sedemikian...

Saya adalah salah seorang daripada peminat setia Azizah Mahzan (si mamat tu saya memang tak pernah minat kat dia pun) dan saya amat terkilan dengan perbuatan beliau yang bagi saya agak keterlaluan memandangkan kita ni orang melayu dan Islam juga masih berpegang kuat kepada adat resam orang2 Melayu...

Mungkin Kak Azizah boleh mengatakan itu hak peribadi beliau bagi membendung situasi yang tidak sihat ini tetapi jangan lupa yang Kak Azizah adalah public figure dan sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan bukannya berkelakuan seperti kebanyakkan artis2 Barat yang bersosial tanpa memikirkan tentang halal haram dan juga kenalah ambik berat jugak tentang pandangan masyarakat kepada diri Kak Azizah...

Si mamat ni pun satu hal jugak, tak terfikir ke tentang hati perasaan anak isteri di rumah sebelum isu ini menjadi realiti dan menjadi topik perbualan masyarakat yang mana secara tidak langsung, rasa malu terpaksa ditanggung bersama sedangkan mereka tidak bersalah di dalam hal ini... Orang lain yang berseronok makan nangka, orang lain pulak yang terkena getahnya dan setahu saya, awak tu baru lagi di dalam industri tetapi dah buat hal pulak...

Diharapkan agar situasi negatif sebegini akan menjadi contoh kepada para artis tanahair yang lain agar lebih berhati-hati dalam mengambil 'langkah' masing2 supaya tidak terpijak jerat yang akan menjerut diri awak sendiri...

Monday, February 9, 2009

Fasha Sandha Nak Kahwin?

Angin sepoi2 bahasa sudah bertiup membawa khabar yang Fasha Sandha akan melangsungkan perkahwinannya dengan... dengan siapa ek? Fasha yang telah dituduh menjadi punca penceraian pelakon terkenal, Nora Danish dengan suaminya, Toh Muda Rizal Ashram Tan Sri Ramli dan khabarnya sedang menjalinkan hubungan mesra dengan Rizal dan baru2 ini kedapatan pulak baru pulang dari Bangkok tetapi mungkin jugak secara kebetulan kot berada di tempat yang sama pada masa yang sama ataupun mungkin betul yang diaorang tu ada apa2 kot... entahlah, yang boleh menjawab kepada persoalan ini adalah diri mereka sendiri.

Saya tidak kisahlah dengan apa yang sudah berlaku di antara Rizal dan Nora sebab hal dalam bilik tidur ni, hanya dia orang sahaja yang tahu dan mungkin jugak kehadiran Fasha di dalam hidup dia orang hanyalah kebetulan dan sengaja di gembar gemburkan oleh pihak tertentu atas tujuan yang tidak diketahui atau jugak mungkin betul cerita yang telah disebarkan sebelum ini yang sememangnya Fasha dan Rizal ada menjalinkan hubungan intim. Apapun cerita yang timbul, keputusan telah berada di depan mata, Rizal dan Nora Danish sudah pun sah bercerai dan Rizal berhak untuk memilih siapakah calon wanita yang paling sesuai bagi menggantikan ruang di hati Rizal yang telah dikosongkan oleh Nora Danish.

Sekiranya benarlah cerita yang telah tersebar yang Fasha dan Rizal akan 'bersatu' dalam jangka masa yang belum diketahui, saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan kepada Nora Danish, jangan bimbang dengan masa depan, masih banyak lagi kumbang yang sudi untuk mendekati diri awak yang cun dan popular itu...

Sunday, February 1, 2009

Musnah Sudah!

Berakhirnya kisah cinta dan istana yang telah di bina oleh pelakon popular, Norman Hakim bersama dengan Abby Abadi...


Abby Abadi sepertinya telah 'berpatah arang' dengan Norman Hakim setelah bercerai bagi kali yang ke2 (yang pertama dulu bercerai setelah Norman Hakim digosipkan dengan pelakon & penyanyi popular tanahair)...


Setelah sah Abby dan Norman bercerai, bertiup pulak gosip yang mengatakan Abby sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon baru, Zulkifli Ariffin dan pemergian mereka ke China atas alasan perniagaan, menguatkan lagi gosip yang melanda mereka berdua...


Tak kisahlah sekiranya betul Abby sudah menemui cinta baru tetapi yang tak berapa senang di dengar, Abby masih lagi dalam edah dan sepatutnya Abby kenalah jaga setiap langkah yang mahu di ambil supaya terpelihara daripada sebarang tohmahan dan anggapan2 negatif yang akan dilemparkan kepadanya.

Kita ni orang melayu, terlalu banyak pantang larang dan cara hidup orang melayu yang patut kita patuhi demi untuk menjaga air muka dan maruah diri sendiri serta keluarga...

Diharapkan sekiranya betullah Abby dan Zul sedang bercinta, biarlah sampai ke akhir hayat dan Zul janganlah ada menyimpan perasaan mahu bersama dengan Abby hanya untuk meraih populariti dan sebagai batu loncatan bagi kariernya sahaja.

Mungkin jugak Abby sudah sampai ke suatu tahap yang mahu melepaskan segala perasaan yang telah lama terbuku selama bersama dengan Norman tetapi ini bukan cara yang terbaik, mungkin Abby terpaksa menunggu sehingga selesai edahnya dan selepas itu, tidak ada sesiapa pun akan mampu untuk berkata apa2 memandangkan siapa jugak pilihan hati Abby nanti, itu adalah haknya yang mutlak...

Norman Hakim pulak menafikan yang dia akan berkahwin dengan Memey dan mereka tidak mempunyai hubungan istimewa di antara mereka tetapi yang bestnya, bila ke mahkamah, pakaian sedondonlah pulak, tak ke itu akan menguatkan lagi angin gosip yang mengatakan mereka memang 'berkawan'...

Norman tak habis-habis nak berselindung dan tidak berani untuk tampil memberikan kenyataan yang sebenarnya tentang hubungannya dengan Memey, harap2 betullah yang mereka tidak akan bersatu seperti yang diuar-uarkan oleh mereka sendiri tetapi sekiranya tidak benar, pastinya masyarakat akan melimpahkan segala tohmahan dan kejian kepada mereka, yang penting, jangan jadi manusia hipokrit...

Tak salah pun sekiranya betullah Norman nak berkahwin dengan Memey, dia dah pun bercerai dengan Abby, Memey pulak masih single cuma biarlah cakap serupa bikin, malu rasanya sebagai seorang lelaki, tidak berani untuk berdiri tegak dan mengatakan perkara yang sebenar...

Yang sebenarnya penceraian adalah satu perkara yang amat menyakitkan, mungkin tidaklah seberapa sangat buat Norman dan Abby (kerana masing2 mungkin sedang bahagia dengan pasangan masing2) tetapi kepada anak2 hasil pengkongsian hidup mereka sebelum ni, dapat tak dibayangkan di waktu pagi raya, semasa anak2 orang lain bersama-sama ibubapa mereka tetapi anak2 daripada keluarga yang berpecah belah pastinya akan terasa kehilangan salah seorang daripada ibubapa mereka, walaupun mungkin akan digantikan dengan orang lain (ibu atau bapa tiri) tetapi tidak akan sama dengan ibu bapa kandung.