Friday, January 30, 2009

Rita Rudaini VS Mentua

Rita Rudaini akhirnya bertemu jodoh dengan pilihan hatinya, Mohd Aidil Zafuan (pemain bolasepak kebangsaan) walaupun terpaksa bernikah di Songkhla, Thailand tanpa pengetahuan keluarga Aidil...

Rita tertekan dengan situasi yang menghimpitnya yang mana kemungkinan besar mentuanya mungkin tidak boleh menerimanya sebagai menantu dan juga sebagai salah seorang daripada ahli keluarga mereka... Setelah saya amati situasi ini, pergolakan yang berlaku di antara mereka boleh diselesaikan dengan cara yang baik iaitu bersemuka dan luahkan perasaan masing2 yang memang dah terbuku, sebelum ianya menjadi lebih parah lagi...

Lagipun, Rita dan Aidil sudah bernikah dan tak lama lagi akan menimang cahayamata dan yang mana, anak yang bakal lahir nanti akan menjadi 'jambatan' penghubung tali siratulrahim dunia dan akhirat di antara kedua belah pihak yang sedang berkonflik ini... Ada kemungkinan jugak Rita belum betul2 bersedia untuk bersemuka dengan mentuanya tetapi masalahnya, kandungannya semakin membesar jadi ada baiknya masalah ini diselesaikan secepat mungkin supaya terlerai segala kekusutan dan dengan lahirnya 'anugerah Tuhan' itu nanti akan membawa sinar yang baru kepada kedua-dua belah pihak...

Kekadang kita ni sebagai manusia tidak boleh terlalu emosi dan berkeras dalam mahu mencari jalan penyelesaian sebab dalam kes yang sebegini, tidak ada apa yang pihak Aidil mampu berbuat apa lagi kerana ianya adalah satu ikatan yang sah di sisi agama dan Tuhan walaupun tanpa restu dari mereka...

Kita sebagai hambaNYA yang lemah, seharusnya menerima akan ketentuan dariNYA dan buangkanlah perasaan sakit hati dan benci dari diri kita demi untuk membentuk satu keturunan yang baik dan di pandang mulia kerana sekiranya perkara sebegini dipanjangkan lagi, akan menimbulkan lebih banyak tohmahan dan cacian yang akhirnya akan merugikan diri sendiri, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat sama...

Bunuh di Ranong, Thailand.

A Fairos Ahmad Sulaiman (Warga Malaysia) telah dibunuh oleh suaminya Mohd Lufti Abdullah@Lambertus Den Dulk (Warga Belanda) di Ranong Thailand...

Kekadang itu terfikirlah jugak kenapa semua ni boleh berlaku, siapa yang harus dipersalahkan? Memang dah menjadi trend masyarakat kita suka sangat menyanjung tinggi dengan bangsa dari luar ni... Adalah jugak beberapa kenalan saya yang berkahwin dan ada jugak yang bercinta dengan 'orang luar', bukannya cemburu tetapi terfikirlah, dah habis lelaki atau perempuan tempatan sehingga terpaksa mencari orang luar...

Dari pengamatan saya, sebahagian besar daripada hubungan ini berakhir dengan penuh kepahitan sehinggakan membawa kepada kematian seperti kes Fairos ni, kesian bila dah sampai jadi macam ni, keluarga kat kampung sedih pilu kehilangan anak/keluarga tersayang dengan kematian yang menyayatkan hati...

Memanglah tak semua orang luar sekejam suami Fairos ni tetapi pada hakikat yang sebenar bukan senang untuk membentuk orang luar ni lebih2 lagi untuk menarik mereka menukar agama yang telah dianuti oleh mereka sejak dari kecil lagi... Kalau sekadar tukar agama hanya untuk berkahwin, itu bukannya satu perkara yang sebaiknya kerana dibuat adalah selain daripada kerelaan hati, di mulut kata Islam tapi hati orang, hanya empunya diri dan Tuhan saja yang tahu akan keikhlasan hati...

Itu belum lagi masuk bab nak sesuaikan diri dengan masyarakat kita yang berbilang kaum, adat resam dan budaya... Sebenarnya terlalu banyak perkara dan berat tanggungjawab kita dalam mendidik atau membentuk orang luar untuk mengikut rentak kita, silap2 haribulan, kita pulak terikut rentak mereka sehinggakan lupa akan halal haramnya sesuatu perkara, memang ada kes2 di mana, tak pernah meneguk arak tetapi selepas kahwin, arak dah jadi minuman harian mereka.

Kalau disuruh pilih aje orang tempatan, nanti dikatakan pulak, orang kita ni kolotlah, tak mengikut trendlah, bagi alasan terlalu banyak kes penceraian dan takut akan jadi mangsa sebegitulah dan yang paling kerap kita dengar alasan yang diberikan, orang kita tak romantik!
Kita lihat sajalah, ada beberapa kes artis kita kahwin dengan orang luar tetapi jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya memilih kembali orang tempatan untuk dijadikan teman hidup (lebih mudah hidup kita kalau kahwin dengan bangsa sendiri)...

Orang kita ni telah disogokkan dengan cerita2 dongeng keromantikan orang luar ni, ada jugak orang2 kita yang romantik mengalahkan orang luar, mungkin tak pernah jumpa kot... Ibu bapa kita ni ada jugak yang berbangga kalau anak2 mereka kahwin dengan orang luar, boleh pukul canang beritahu satu kampung, menantu aku orang putih...

Jadi salah siapa kalau perkara2 yang tak baik sehingga membawa kematian berlaku dalam keluarga mereka apabila bermenantukan orang putih?

Apa pun, salam takziah buat keluarga A Fairos Ahmad Sulaiman...