Friday, January 30, 2009

Bunuh di Ranong, Thailand.

A Fairos Ahmad Sulaiman (Warga Malaysia) telah dibunuh oleh suaminya Mohd Lufti Abdullah@Lambertus Den Dulk (Warga Belanda) di Ranong Thailand...

Kekadang itu terfikirlah jugak kenapa semua ni boleh berlaku, siapa yang harus dipersalahkan? Memang dah menjadi trend masyarakat kita suka sangat menyanjung tinggi dengan bangsa dari luar ni... Adalah jugak beberapa kenalan saya yang berkahwin dan ada jugak yang bercinta dengan 'orang luar', bukannya cemburu tetapi terfikirlah, dah habis lelaki atau perempuan tempatan sehingga terpaksa mencari orang luar...

Dari pengamatan saya, sebahagian besar daripada hubungan ini berakhir dengan penuh kepahitan sehinggakan membawa kepada kematian seperti kes Fairos ni, kesian bila dah sampai jadi macam ni, keluarga kat kampung sedih pilu kehilangan anak/keluarga tersayang dengan kematian yang menyayatkan hati...

Memanglah tak semua orang luar sekejam suami Fairos ni tetapi pada hakikat yang sebenar bukan senang untuk membentuk orang luar ni lebih2 lagi untuk menarik mereka menukar agama yang telah dianuti oleh mereka sejak dari kecil lagi... Kalau sekadar tukar agama hanya untuk berkahwin, itu bukannya satu perkara yang sebaiknya kerana dibuat adalah selain daripada kerelaan hati, di mulut kata Islam tapi hati orang, hanya empunya diri dan Tuhan saja yang tahu akan keikhlasan hati...

Itu belum lagi masuk bab nak sesuaikan diri dengan masyarakat kita yang berbilang kaum, adat resam dan budaya... Sebenarnya terlalu banyak perkara dan berat tanggungjawab kita dalam mendidik atau membentuk orang luar untuk mengikut rentak kita, silap2 haribulan, kita pulak terikut rentak mereka sehinggakan lupa akan halal haramnya sesuatu perkara, memang ada kes2 di mana, tak pernah meneguk arak tetapi selepas kahwin, arak dah jadi minuman harian mereka.

Kalau disuruh pilih aje orang tempatan, nanti dikatakan pulak, orang kita ni kolotlah, tak mengikut trendlah, bagi alasan terlalu banyak kes penceraian dan takut akan jadi mangsa sebegitulah dan yang paling kerap kita dengar alasan yang diberikan, orang kita tak romantik!
Kita lihat sajalah, ada beberapa kes artis kita kahwin dengan orang luar tetapi jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya memilih kembali orang tempatan untuk dijadikan teman hidup (lebih mudah hidup kita kalau kahwin dengan bangsa sendiri)...

Orang kita ni telah disogokkan dengan cerita2 dongeng keromantikan orang luar ni, ada jugak orang2 kita yang romantik mengalahkan orang luar, mungkin tak pernah jumpa kot... Ibu bapa kita ni ada jugak yang berbangga kalau anak2 mereka kahwin dengan orang luar, boleh pukul canang beritahu satu kampung, menantu aku orang putih...

Jadi salah siapa kalau perkara2 yang tak baik sehingga membawa kematian berlaku dalam keluarga mereka apabila bermenantukan orang putih?

Apa pun, salam takziah buat keluarga A Fairos Ahmad Sulaiman...

4 comments:

Ms. Widya said...

pinjam pantun din bramboi jap...

rama2 terbng melayang,
terbng mlyng di waktu senja,
kenapa orang bunuh orang,
sunnguh jahat orang itu.. hihi

Othman Juliana said...

bkn masalah org tempatan x cukup..
tapi, mmg ramai org tempatan (mlayu) cuma yg berkualiti ciput2 sahaja... yg lain? pusat serenti, jail, rempit, lepak sana sini.. jd, pilihan yg ada? tinggal kureng sgt,..

lgpun, bab jodoh ni-susah nk ckp, jodoh ni penuh rahsia & misterinya! insyaAllah.

saphire said...

Mungkin ada benarnya jika dikatakan bersuami atau beristerikan 'orang luar' atau bangsa lain adalah kerana mengikut 'standard' dan 'lain dari yg lain'. Namun hakikatnya, jodoh dan pertemuan adalah ketentuanNya, semoga niat dan pelaksanaan adalah mengikut kehendakNya, agar yg terlibat tidaklah 'terbunuh' jasad dan roh mereka.

Anonymous said...

Sahabat2 semua,

Terima kasih di atas keprihatinan u all pada musibah yang menimpa arwah. Apa yang u all katakan tu memang semuanya benar. Namun ikhlas saya katakan perkongsian hidup dengan warga asing terutama dari yang berlainan agama biasanya akan membawa kepada perselisihan apabila mereka gagal membingbing pasangannya dengan cara yang betul. Seorang wanita biasanya sukar untuk mempengaruhi suami berbanding sebaliknya. Itulah yang berlaku bila untuk tempoh yang lebih lama, keadaan makin sukar dikawal dan si suami seakan kembali dengan cara hidup lamanya. Ini akan memberi tekanan kepada isteri dan membawa kepada pertengkaran yang berpanjangan. Akhirnya berlakulah perkara2 yang tidak dijangka.
Syukur, segalanya dah selesai dan kami sekeluarga menerima takdir ini dengan redha.