Sedang saya sibuk dengan kerja2 yang berlambak di atas meja, masuklah salah seorang daripada teman sepejabat sambil memegang beberapa keping gambar dan diletakkan di depan muka saya, alangkah terkejut apabila saya terpandangkan gambar2 tersebut kerana tidak menyangkakan yang ada juga di kalangan artis kita yang bersikap sedemikian...Saya adalah salah seorang daripada peminat setia Azizah Mahzan (si mamat tu saya memang tak pernah minat kat dia pun) dan saya amat terkilan dengan perbuatan beliau yang bagi saya agak keterlaluan memandangkan kita ni orang melayu dan Islam juga masih berpegang kuat kepada adat resam orang2 Melayu...
Mungkin Kak Azizah boleh mengatakan itu hak peribadi beliau bagi membendung situasi yang tidak sihat ini tetapi jangan lupa yang Kak Azizah adalah public figure dan sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan bukannya berkelakuan seperti kebanyakkan artis2 Barat yang bersosial tanpa memikirkan tentang halal haram dan juga kenalah ambik berat jugak tentang pandangan masyarakat kepada diri Kak Azizah...
Si mamat ni pun satu hal jugak, tak terfikir ke tentang hati perasaan anak isteri di rumah sebelum isu ini menjadi realiti dan menjadi topik perbualan masyarakat yang mana secara tidak langsung, rasa malu terpaksa ditanggung bersama sedangkan mereka tidak bersalah di dalam hal ini... Orang lain yang berseronok makan nangka, orang lain pulak yang terkena getahnya dan setahu saya, awak tu baru lagi di dalam industri tetapi dah buat hal pulak...
Diharapkan agar situasi negatif sebegini akan menjadi contoh kepada para artis tanahair yang lain agar lebih berhati-hati dalam mengambil 'langkah' masing2 supaya tidak terpijak jerat yang akan menjerut diri awak sendiri...

Saya tidak kisahlah dengan apa yang sudah berlaku di antara Rizal dan Nora sebab hal dalam bilik tidur ni, hanya dia orang sahaja yang tahu dan mungkin jugak kehadiran Fasha di dalam hidup dia orang hanyalah kebetulan dan sengaja di gembar gemburkan oleh pihak tertentu atas tujuan yang tidak diketahui atau jugak mungkin betul cerita yang telah disebarkan sebelum ini yang sememangnya Fasha dan Rizal ada menjalinkan hubungan intim. Apapun cerita yang timbul, keputusan telah berada di depan mata, Rizal dan Nora Danish sudah pun sah bercerai dan Rizal berhak untuk memilih siapakah calon wanita yang paling sesuai bagi menggantikan ruang di hati Rizal yang telah dikosongkan oleh Nora Danish.